PENCEMARAN AIR
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan
di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan
seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan
sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai
contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh
najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir
ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab
membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada
pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan
kos pelupusan. Masalah
timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak
dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian
menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa
radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak
yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada
pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki
minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran
laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT
Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan
berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.
KESAN PENCEMARAN AIR
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia.
Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat,
merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.
Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan
plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai
penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak
yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang
boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan
tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput,
udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa
toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat
hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah.
Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan
spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia
ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak..
Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan
ekosistem menjadi tidak seimbang.
LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR
Media massa dan media elektronik
memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai
mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui
televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan
penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam
sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang.
Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya
pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak
yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit
kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00
atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya
sekali.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala
seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara
ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus
sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
Kesimpulannya,
sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak
sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong
segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi
memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.
No comments:
Post a Comment